Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Dekat sebulan tak menyinggah sini. tau2 je dah tengah bulan Jan pon. Kejap je kan. Time flies so fast! Sebelum tu, selamat tahun baru 2012. Tade azam pon, sama je macam tahun2 lepas. Konon nak kurang kan makan, sekali gus konon nya boleh bagi effect kurang berat badan. Tapi dah 10 tahun buat amalan yang sama, badan masih kekal langsing takde shape. Jadi kite bawak je azam 10 tahun lepas ni ke 10 tahun kehadapan, mana tau lepas 20 tahun berazam tibe2 boleh jadi kurus ke. Kurus sikit pon jadi lah...
Sempena untuk merealisasikan azam tahun baru 2012, (Angan2 nak kurus, ada shape, gebu, montok, jelita bla bla bla....) Petai adalah jawapan nye..
Hah petai???? Bio betul!!
- Tahukah anda? Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan. Petai juga dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
Khasiat2 lain pon banyak, petai jugak bagus utk sape2 yang ada strok, anaemia, sembelit etc. Banyak lah khasiat nye, rajin2 gi lah google.
Saya malas :D nak tau bab kurus kan badan je. HEhehehehe
Saya malas :D nak tau bab kurus kan badan je. HEhehehehe
Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri & Petai
Source: Sre
Bahan-bahan:
5 kelar ikan merah
1 biji santan pekat
2 keping asam keping (kecil)
1 batang serai - dititik
Source: Sre
Bahan-bahan:
5 kelar ikan merah
1 biji santan pekat
2 keping asam keping (kecil)
1 batang serai - dititik
3 papan petai - di kikis
garam secukup rasa
garam secukup rasa
Bahan2 kisar:
1/2 inci kunyit hidup
15 batang cili padi kampung - klau tak nak pedas, boleh kurangkan
1/2 inci kunyit hidup
15 batang cili padi kampung - klau tak nak pedas, boleh kurangkan
Cara:
1. Panaskan sedikit air, bile sudah mendidih rebus kan Petai yang telah di kikis tadi dengan secubit garam.
2. Rebus selama lebih kurang 3 minit, tujuan merebus petai adalah untuk melembutkan kulit petai dan membuang rasa pahit petai.
3. Selepas petai agak lembut sedikit, angkat dan toskan petai tadi.
4. Di dalam periuk lain, campurkan ikan, bahan2 kisar, serai, petai dan sedikit santan cair (santai cair; iaitu perahan kali kedua dari kelapa parut, atau campurkan santan pekat dgn sedikit air).
5. Selepas 5 minit dan sedikit mendidih campurkan kesemua baki santan dan asam keping.
6. Gaulkan rata dan tunggu sehingga mendidih, setelah itu perasakan dengan garam.
7. Tutupkan api dan hidangkan dengan nasi.
Notes: Gulai perlulah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak/ pecah santan.
Di samping makan masak lemak cili padi petai dengan nasi panas dan ulam, sotong goreng tepung pon sodap!




1 comments:
my febrett!!!
Post a Comment